Kini anda tidak perlu lagi bersusah-payah meredah kesesakan lalu lintas. Biar anak anda belajar Iqra dan Al-Quran terus dari ruang tamu rumah anda secara One-to-One.
Ya, Saya Nak Daftar Untuk Anak!Balik kerja dah lewat, penat. Nak kena bersiap hantar anak pergi kelas agama pula. Kadang-kadang sampai terlepas kelas.
Hantar ke kelas fizikal, tapi ustaz/ustazah tak sempat fokus pada bacaan anak kita sebab murid terlalu ramai. Anak makin hilang minat.
Umur makin meningkat, tapi anak masih merangkak-rangkak baca Iqra. Kawan-kawan sebaya dah masuk Al-Quran.
Memperkenalkan Kelas Mengaji Kanak-Kanak secara online dari Kelas Mengaji Ustazah Sharifah. Lihat bagaimana kami mengendalikan kelas secara interaktif.
Silibus kami disusun khas mengikut tahap penerimaan kanak-kanak. Tak perlu terburu-buru, yang penting anak seronok dan faham.
Bermula dari sifar! Anak akan diajar mengenal huruf Hijaiyah melalui Iqra’ atau Muqaddam dengan gaya yang interaktif.
Bila dah kenal huruf, ustaz/ustazah akan bantu anak menyambung ayat dan mula membaca ayat pendek dengan lancar.
Peringkat akhir, masuk ke Al-Quran! Kami memperkemaskan hukum tajwid, makhraj huruf, serta menyelitkan adab mulia.
Kami sangat menitikberatkan kualiti penyampaian. Anak anda tidak akan diajar oleh guru sembarangan. Setiap tenaga pengajar kami wajib melepasi ujian kelayakan:
Makhraj huruf wajib tepat dan tajwid tersusun sempurna sebelum layak mengajar.
Diuji kemahiran komunikasi untuk pastikan kelas ceria, tidak garang, dan kanak-kanak selesa belajar.
Anak-anak sukakan ‘reward’! Untuk menaikkan motivasi mereka, kami akan menganugerahkan Sijil Khatam Al-Quran berserta cenderamata (saguhati) terus ke pintu rumah anda apabila mereka berjaya menamatkan silibus bacaan.
Alhamdulillah, kaedah 1-to-1 kami telah banyak membantu melancarkan bacaan anak-anak. Lihat sendiri maklum balas jujur mereka.
“Alhamdulillah, mudah sangat belajar online macam ni. Balik kerja tak kelam kabut nak hantar anak pergi mengaji. Ustazah pun pandai ambil hati anak saya yang berumur 6 tahun. Fokus dia 100%.”
“Dulu risau sebab anak segan baca depan kawan-kawan. Bila buat kelas 1-to-1 dengan ustaz KMUS, nampak dia makin bersemangat. Dari merangkak Iqra 3, sekarang dah masuk Iqra 5. Terima kasih banyak!”
“Jadual sangat fleksibel. Kadang-kadang anak demam, saya cuma mesej admin untuk tunda kelas ke hari lain dan tiada yuran hangus pun. Ustazah yang mengajar pun sangat lembut menegur tajwid.”
Geser (swipe) ke tepi untuk membaca perbualan sebenar bersama ibu bapa.
Geser (swipe) gambar ke kiri/kanan
Hanya bayar apabila anak anda hadir ke kelas. Lebih jimat dan menarik, kini sesi kelas boleh dikongsi bersama adik-beradik yang lain!
Fokus Individu
Kongsi Berdua
Sesi Adik-Beradik
Bertindak pantas! Daftar hari ini dan nikmati YURAN PENDAFTARAN PERCUMA sepenuhnya. Anda hanya perlu bayar untuk sesi kelas mengaji anak sahaja.
Sila isikan borang di bawah. Pihak admin kami akan hubungi anda melalui WhatsApp sebentar lagi untuk penetapan jadual dan pemilihan ustaz/ustazah.