Jangan bimbang. Belajar secara tertutup (1-to-1) dari rumah anda sendiri. Tiada kelas yang ramai, tiada siapa yang akan tahu, dan tiada siapa yang akan menghakimi tahap bacaan anda.
Terasa segan nak pergi surau atau kelas beramai-ramai. Takut kawan-kawan sebaya dengar bacaan kita yang merangkak-rangkak.
Siang penat cari rezeki. Bila malam baru ada sedikit masa lapang, tapi banyak kelas agama fizikal yang tak kena dengan jadual kita.
Dulu masa kecil pernah khatam, tapi bila dah dewasa banyak hukum tajwid dan makhraj huruf yang dah mula lupa dan cacamarba.
Kami mencipta platform yang selamat, privasi, dan santai khusus untuk membantu golongan dewasa dan warga emas kembali mencintai Al-Quran.
Tidak kira anda perlu mula mengeja dari sifar, ataupun sekadar mahu memperkemaskan tajwid, ustaz/ustazah kami sedia membimbing anda perlahan-lahan.
Ustaz akan menilai tahap bacaan anda secara privasi pada hari pertama. Jangan segan untuk beritahu apa yang anda kurang faham.
Mula belajar dari asas (Iqra) atau terus masuk ke Al-Quran. Kami akan fokus membetulkan makhraj huruf yang sering tersilap.
Baca dan perdengarkan ayat suci di hadapan ustaz (Talaqqi). Kesilapan tajwid ditegur terus dengan berhemah dan penuh rasa hormat.
Kerisauan utama orang dewasa ialah “takut ustaz garang”. Jangan risau! Di Kelas Mengaji Ustazah Sharifah, semua tenaga pengajar diwajibkan melalui tapisan kelayakan yang ketat:
Ustaz/Ustazah dilatih untuk tidak menghakimi, menegur secara berhemah, dan memberi semangat kepada pelajar dewasa.
Guru kami bukan sekadar pandai membaca, tetapi pandai menerangkan hukum tajwid dengan bahasa yang paling mudah difahami orang awam.
Tiada kata terlambat untuk belajar. Sebagai tanda penghormatan atas usaha gigih anda menuntut ilmu, kami menganugerahkan Sijil Khatam Al-Quran berserta cenderamata khas yang akan dipos terus ke rumah anda apabila berjaya tamat silibus bacaan.
Anda tidak keseorangan. Ramai golongan bekerja dan pesara telah mula menyertai kami dan memperbaiki bacaan mereka.
“Terima kasih ustaz atas kesabaran. Dulu saya memang segan nak ke surau sebab sedar bacaan merangkak. Bila buat 1-to-1 malam-malam, saya lebih tenang dan mudah faham tajwid.”
“Sistem jadual memang fleksibel. Kalau saya kena kerja luar kawasan, saya maklum admin dan kelas takkan burn. Ustazah yang ajar saya pun sangat lembut membetulkan makhraj.”
“Mula-mula ragu-ragu nak belajar online guna phone. Tapi rupanya sangat mudah dan jelas. Ustaz sangat teliti bila dengar bacaan saya. Alhamdulillah, hati pun tenang bila mengaji.”
Geser (swipe) ke tepi untuk membaca ulasan di WhatsApp.
Geser (swipe) gambar ke kiri/kanan
Hanya bayar apabila anda hadir ke kelas. Lebih menarik, anda kini boleh berkongsi masa sesi bersama pasangan (suami/isteri) atau ahli keluarga!
Fokus Individu
Kongsi Berdua
Sesi Keluarga
Bertindak pantas! Daftar hari ini dan nikmati YURAN PENDAFTARAN PERCUMA sepenuhnya. Anda hanya perlu bayar untuk sesi kelas mengaji yang berlangsung sahaja.
Isikan maklumat anda di bawah. Admin kami akan menghubungi anda melalui WhatsApp secara privasi untuk mengatur sesi kelas mengikut keselesaan anda.